Lawatan Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara (PPPM) Pulau Pinang

Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara (PPPM) Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) UKM telah berjaya menganjurkan satu lawatan dan taklimat berkaitan Langkawi Geopark pada 22 April 2018 yang lalu.

PPL merupakan salah satu lokasi lawatan yang dimasukkan di dalam kursus CTRE (Continuous Tourism Related Education) Langkawi. Seramai 26 pemandu pelancong PPPM telah menyertai lawatan ini.

Sepanjang lawatan ini, satu taklimat berkaitan Langkawi Geopark telah diberikan oleh Pengerusi PPL iaitu Prof. Dr. Norhayati Ahmad manakala taklimat di dalam Galeri Penyelidikan PPL telah disampaikan oleh Ketua Program Geologi dan Lanskap PPL, Dr. Tanot Unjah.

Turut serta dalam lawatan ini adalah setiausaha LTGA, Puan Fuziah Mohamed dan Pengerusi LTGA, Othman Ayeb. Lawatan ini bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada 1.30 tengahari.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.