Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar & Pensyarah Diploma Pengurusan Hotel, Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi
Anjuran: Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)
Tarikh: 6 April 2022
Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah
LANGKAWI, 6 April 2022 – Seramai 8 orang pelajar dan 3 orang pensyarah daripada Diploma Pengurusan Hotel, Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan informasi yang tepat dan bersesuaian bagi keperluan tugasan pelajar dalam kajian berkaitan kelestarian geopark di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Semasa kunjungan, para peserta lawatan diberikan taklimat dan penerangan tentang LUGGp oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (Ketua Pegawai Penyelidik PPL-UKM) dan seterusnya, dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan serta lawatan ke makmal-makmal penyelidikan yang dikendalikan oleh Cik Asbiyatulaida Derahman (Pegawai Sains PPL-UKM).
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman