Lawatan Tapak Sempena Penganjuran Forum Kelestarian Langkawi UNESCO Global Geopark Tahun 2021

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Friends of Langkawi Geopark (FLAG) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 20 – 24 Oktober 2021 & 24 November 2021

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi, Kedah

Bersempena dengan penganjuran Forum Kelestarian Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Disember 2021, satu sesi sembang santai geopark bersama komuniti-komuniti tempatan di sekitar Pulau Langkawi telah dijayakan oleh wakil-wakil LUGGp. Komuniti-komuniti yang terlibat adalah terdiri daripada pesawah, nelayan serta pemandu teksi dan kereta sewa, daripada beberapa buah kampung iaitu Kampung Lawer, Kampung Kuala Teriang dan Kampung Ranggut. Selain itu, komuniti tempatan di Pulau Tuba juga turut terlibat. Sesi ramah mesra ini bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan pengiktirafan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark kepada kelangsungan kehidupan seharian penduduk tempatan Langkawi disamping mendalami dan mendekati pemahaman sebenar mereka tentang LUGGp.

 

Komuniti Kampung Lawer

 

Komuniti Kampung Kuala Teriang

 

Komuniti Kampung Ranggut

 

Komuniti Pulau Tuba

 

Ahli Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa (PETEKMA) Cawangan Langkawi

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman

Sumber: Laman Facebook Prof. Dr. Norhayati Ahmad