New Colombo Plan – Stpd4044: Sustainability of Tropical Heritage

Anjuran: Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 15 – 20 Julai 2019

Tempat: PPL dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Pada 15 hingga 20 Julai yang lalu, Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menganjurkan program New Colombo Plan 2019 yang mana merupakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Program yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Australia ini bertujuan memberi pendedahan tentang budaya dan kehidupan masyarakat tempatan Malaysia, terutamanya komuniti Langkawi disamping mempelajari aspek-aspek pembangunan lestari yang dipraktikkan di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Aspek pembelajaran yang disampaikan adalah menerusi pembentangan kuliah dan lawatan lapangan.

 

Penyampaian kuliah berkaitan aspek budaya dan masyarakat setempat oleh Prof. Dr. Ong Puay Liu.

 

Menyertai program sekolah angkat di SMK Mahsuri.

Merasai pengalaman cara hidup masyarakat tempatan sebagai seorang pesawah.

Menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Dr. Juliana Senawi berkenaan biodiversiti flora dan fauna.

Melawat ke Kilim Karst Geoforest Park. Beberapa tempat yang dilawati termasuklah Gua Kelawar, Pulau Anak Tikus, Gua Langsir, Pinakel Kilim, Melihat Helang dan Kolam Ternakan Ikan Paksu.

Melawat Kompleks Kraftangan Langkawi serta berpeluang mewarna batik.

Menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Dr. Tanot Unjah.

Mengenali jenis batuan di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh.

Merasai menaiki kereta kabel di kawasan Gunung Machinchang.

Mempelajari pengukuran usia batuan di kawasan Pantai Pasir Tengkorak.

Melawat galeri geopark di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.