Pameran Sempena Hari Kokurikulum Dan Kawad Kaki Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri

Anjuran: Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi

Tarikh: 26 April 2018

Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Pusat Penyelidikan Langkawi telah menyertai pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri pada 26 April 2018 yang lalu sempena Hari Kokurikulum Dan Kawad Kaki Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Tujuan Pusat Penyelidikan Langkawi dijemput menyertai pameran adalah untuk memperkenalkan Pusat Penyelidikan Langkawi kepada pelajar SMK Mahsuri. Selain itu juga, pameran dari Pusat Penyelidikan Langkawi bertujuan untuk menarik minat pelajar ke arah bidang penyelidikan. Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi, Cik Ku Adriani Ku Ayob juga menyediakan soalan kuiz untuk dijawab oleh pelajar yang mengunjungi tapak pameran Pusat Penyelidikan Langkawi. Pelajar yang mendapat skor 8 ke atas, dihadiahkan poster dan sebatang pensil. Pameran berjalan dengan lancar dan jayanya.

Memperkenalkan Pusat Penyelidikan Langkawi kepada guru-guru dari Kolej Vokasional Langkawi.

Pelajar tingkatan dua SMK Mahsuri yang mengunjungi tapak pameran Pusat Penyelidikan Langkawi.

Pengetua SMK Mahsuri, Puan Hajjah Norini Wan Awang menyampaikan sijil penyertaan dan cenderamata kepada Pusat Penyelidikan Langkawi sambil diperhatikan oleh Cikgu Rozana Zakaria selaku guru yang bertanggungjawab menguruskan jemputan pameran.

Menyampaikan cenderamata kepada pengetua SMK Mahsuri tanda terima kasih atas jemputan menyertai pameran.

 

Laporan oleh Nor Amilia Che My.