Sambungan kajian Pemetaan dan Pencirian Gua-Gua di Langkawi

 

Prof. Madya Dr. Kamal Roslan dan Prof. Dr. Che Aziz Ali di pintu masuk Gua Dedap.

Kajian pemetaan dan pencirian gua-gua di Langkawi diteruskan lagi oleh Prof. Madya Dr. Kamal Roslan (Ketua Projek) dan Prof. Dr. Che Aziz Ali pada 12 hingga 16 Januari yang lalu. Kajian kali ini bertumpu di Gua Dedap yang terletak berdekatan dengan Tanjung Rhu. Selain dari Gua Dedap, penyelidik juga turut mengambil sampel batuan di Pulau Dangli, Pulau Gasing dan Pulau Pasir.

Gua Dedap dari pandangan sebelah dalam.

Prof. Madya Dr. Kamal Roslan sedang mencari isyarat satelit sebelum menerbangkan ‘drone’ untuk mengambil gambar dan video pandangan udara.

Gua Dedap menghubungkan lautan luas dengan dolina yang ditumbuhi bakau.

Prof. Dr. Che Aziz Ali sedang mencerap singkapan batuan di Pulau Pasir.

Pulau Pasir.

PM Dr. Kamal Roslan berada di celah runtuhan batu Pulau Dangli.

 

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.