Penyelidikan Kelawar di Langkawi
Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.
Tarikh: 12 – 17 Januari 2018
Tempat: Desa Wang Tok Rendong, Keda, Langkawi.
Kerja lapangan penyelidikan kelawar di Langkawi oleh Dr. Juliana Senawi (felo penyelidik LESTARI) telah dijalankan pada 12 hingga 17 Januari 2018 yang lalu. Pada kali ini, kawasan kajian yang terlibat adalah di Hutan Simpan Kisap iaitu di Desa Wang Tok Rendong, Keda yangmana meliputi kawasan hutan berbukit serta paya bakau. Pemasangan perangkap hap dan jaring dilakukan secara berselang-seli di sepanjang kawasan kajian. Pengenalpastian spesies kelawar dilakukan di Makmal Biologi di PPL dan data-data telah direkodkan. Kerja lapangan ini dibantu oleh pelajar pascasiswazah (seliaan Dr. Juliana Senawi), beberapa pembantu penyelidik serta kakitangan PPL.
Perjalanan menuju ke kawasan Hutan Simpan Kisap.
Kawasan paya bakau yang terdapat di Hutan Simpan Kisap.
GPS setiap lokasi perangkap hap dan jaring direkodkan.
Beberapa spesis kelawar yang berjaya ditangkap:
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.