Program International Bat Night 2022

Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad (CoopKilim), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 27 Ogos 2022

Tempat: Dewan Anjung Lestari dan Gua Kelawar, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 27 Ogos 2022 – Bersempena dengan sambutan Hari Kelawar Sedunia, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi (CoopKilim) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah mengadakan satu program “International Bat Night 2022” di Taman Georimba Kilim Kars. Penganjuran program ini adalah bertujuan memberikan pendedahan tentang kepentingan kelawar dan alam sekitar, mendapatkan pengetahuan berkaitan spesies kelawar yang terdapat di Langkawi, serta melahirkan komuniti yang berpengetahuan. Dr. Juliana Senawi, yang merupakan pakar penyelidik kelawar serta selaku Ketua PPL-UKM telah menyampaikan pembentangan dan taklimat bertajuk “Kelawar di Langkawi” disamping mengadakan Bat Walk di Gua Kelawar dan sesi soal jawab bersama peserta. Seramai 40 orang jemputan telah hadir bersama-sama memeriahkan program ini termasuklah pekerja dan ahli koperasi Kilim, kakitangan LADA dan PPL-UKM serta pemandu pelancong tempatan. Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta dan penceramah.

Sesi perbincangan PPL-UKM bersama kakitangan CoopKilim.

 

Pemasangan perangkap kelawar.

 

Pemeriksaan perangkap kelawar.

 

Mengenalpasti identiti spesies kelawar.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman