Lawatan Lapangan Pulau Dayang Bunting
Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.
Tarikh: 7 Februari 2018
Tempat: Sekitar Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
Pasukan pakar penyelidik PPL iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Felo Penyelidik PPL), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pengerusi dan Ketua Program Warisan Kepelbagaian Biologi), Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Warisan Geologi dan Landskap PPL) dan Dr. Sharina Abdul Halim (Ketua Program Warisan Budaya dan Kelestarian Sosial PPL) telah menjalankan satu lawatan lapangan ke sekitar Pulau Dayang Bunting, termasuklah kawasan Selat Bagan Nyior, Bagan Pauh, Bagan Asam, Lubuk Cempedak dan Pulau Tuba pada 8 Februari yang lalu. Tujuan lawatan lapangan ini adalah bagi penambahbaikan dalam penghasilan Buku Dayang Bunting (coffee table book). Lawatan ini juga disertai oleh renjer dan kakitangan LADA, pemandu-pemandu pelancong dan pegawai-pegawai PPL.
Papan informasi yang terdapat di Jeti Pelancongan Pekan Rabu berkenaan Pulau Dayang Bunting.
Pemandu-pemandu pelancong (En. Othman Ayeb dan Pn. Indara Rahayu) bergambar bersama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad.
Menaiki bot di Jeti Pelancongan Pekan Rabu.
Kawasan sekitar Selat Bagan Nyior.
Seorang nelayan tempatan sedang menjala udang.
Sekitar kawasan paya bakau di Pulau Dayang Bunting.
Nelayan-nelayan tempatan sedang mencari siput ganyam.
Penduduk-penduduk tempatan sedang mencari siput di kawasan berlumpur.
Seorang nelayan tempatan menyelam bagi mencari siput peha ayam.
Menaiki van dan motor sewa di Pulau Tuba.
Kawasan di sekitar Pulau Tuba.
Pokok Tuba digunakan untuk menuba ikan. Nama Pulau Tuba dikatakan diambil bersempena nama pokok ini.
Seorang penduduk tempatan memproses daun mengkuang bagi pembuatan tikar, bakul dan beg berasaskan daun mengkuang.
Menganyam tikar mengkuang merupakan salah satu kegiatan ekonomi penduduk tempatan.
Pak Ngah adalah salah seorang penduduk tempatan yang mahir bermain biola.
Kawasan tanah lembap (wetland) yang terdapat di Pulau Tuba.
Prof. Dr. Norhayati Ahmad menjalankan kerja-kerja fotografi.
Jeti Pengkalan Nelayan Bagan Asam.
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo bergambar bersama penduduk tempatan Pulau Tuba.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.