Sesi Libat Urus Bersama Komuniti Pulau Tuba, Langkawi

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 20 Oktober 2022

Tempat: Dewan KEDA, Teluk Berembang, Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 20 Oktober 2022 – Satu sesi libat urus anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) serta Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) yang melibatkan komuniti Pulau Tuba telah diadakan pada 20 Oktober lalu, bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan cadangan pembangunan Geo-Pelancongan Pulau Tuba. Sesi libat urus ini melibatkan pakar-pakar penyelidik daripada PPL-UKM iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, selaku Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) serta Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad.

 

Pakar Penyelidik:

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo

Bidang Kepakaran: Geobencana, Geologi Pemuliharaan dan Sains Kelestarian

(Penasihat LADA & Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI-UKM)

 

Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman

Bidang Kepakaran: Pendidikan Dewasa

(Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI-UKM)

 

Prof. Dr. Che Aziz Ali

Bidang Kepakaran: Sedimentologi dan Pemuliharaan

(Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI-UKM)

 

Prof. Dr. Norhayati Ahmad

Bidang Kepakaran: Herpetologi & Biologi Pemuliharaan

(Ketua Program Penyelidikan Warisan Kepelbagaian Biologi Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI-UKM)

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman