Snake Awareness and Basic Handling Course

Anjuran: Langkawi Geopark Guide Club dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 26 Mac 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 26 Mac 2022 – Bertempat di UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), seramai 22 orang peserta telah menyertai “Snake Awareness and Basic Handling Course” yang disampaikan oleh En. Othman Ayeb, iaitu selaku Presiden Langkawi Geopark Guide Club dan Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Selain penyampaian kuliah, kursus ini juga disertakan dengan demonstrasi secara fizikal pengendalian beberapa ekor ular berlainan jenis kepada para peserta yang hadir bagi tujuan merasai sendiri pengalaman berdepan dengan haiwan hidupan liar yang berbisa tersebut.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman

Sumber foto: PPL-UKM