UKM-Global Student Mobility Partnerships 2018 (STPD 4044: Sustainability Of Tropical Heritage (STH))

Anjuran: International Relations Centre (UKM-Global) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM.

Tarikh: 10 – 14 Julai 2018

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Program Mobiliti Pelajar anjuran UKM-Global telah mengadakan lawatan lapangan ke Pulau Langkawi. Para pelajar ditempatkan di Pusat Penyelidikan Langkawi bagi urusan penginapan dan kuliah. Program bermula dengan lawatan ke Kompleks Kraftangan Langkawi, dan pada hari seterusnya, para pelajar dibawa melawat ke kawasan Machinchang Cambrian Geoforest Park, iaitu Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Pasir Tengkorak, Air Terjun Temurun dan Kereta Kabel Langkawi. Para pelajar diberi peluang menyertai Program Sekolah Anak Angkat dan Frangipani Eco-Walk (Amalan Hijau) sebagai pendedahan kepada kepelbagaian sosio-budaya di Langkawi Geopark. Para pelajar juga dibawa melawat ke kawasan Kilim Karst Geoforest Park bagi memberikan pendedahan kepada kepelbagaian biologi: flora dan fauna. Kawasan yang dilawati di Kilim termasuklah ke Gua Kelawar, Pulau Anak Tikus, Gua Langsir dan Paksu Fish Farm, serta dibawa melihat helang. Selain itu, para pelajar juga dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL. Pensyarah dan penyelidik yang terlibat termasuklah Dr. Tanot Unjah (Kuliah: Warisan Geologi dan Geopark), Dr. Sharina Abdul Halim (Kuliah: Kepelbagaian Sosio-budaya Langkawi Geopark) dan Dr. Juliana Senawi (Kuliah: Biodiversiti dan Flora Bakau Langkawi), iaitu selaku koordinator program.

Kompleks Kraftangan Langkawi:

 

Air Terjun Telaga Tujuh:

 

Pantai Pasir Tengkorak:

 

Air Terjun Temurun:

 

Kereta Kabel Langkawi:

 

Gua Kelawar:

 

Melihat Helang (Eagle watching):

 

Pulau Anak Tikus:

 

Gua Langsir:

 

Paksu Fish Farm:

 

Galeri Penyelidikan PPL:

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.