Bengkel Pembangunan Pelancongan BioGeoTrail Kubang Badak

bkb

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 7 – 8 Oktober 2016

Tempat: PPL dan Kubang Badak, Langkawi, Kedah.

Satu bengkel BioGeoTrail Kubang Badak telah diadakan bagi memperkenalkan BioGeoTrail Kubang Badak sebagai produk geopelancongan yang baru di Kubang Badak kepada kumpulan sasaran termasuklah pemandu pelancong, pemandu bot, AJK Koperasi Kampung Kubang Badak dan pegawai LADA. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, iaitu YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli. Para peserta bengkel yang hadir telah diberikan taklimat mengenai konsep BioGeoTrail dan diperkenalkan kepada tiga aspek utama iaitu biologi, geologi dan budaya oleh pakar-pakar/fasilitator-fasilitator termasuklah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi PPL), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Ketua Program Biologi & Marin, PPL), Dr. Sharina Abdul Halim (Ketua Program Sosio-budaya, PPL) dan Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Geologi & Landskap, PPL). Seterusya, pada hari kedua bengkel yang bertempat di Kubang badak, para peserta diberikan tugasan/aktiviti berkumpulan tentang cara penyampaian dan perkongsian maklumat di 13 lokasi yang telah dikenalpasti semasa lawatan tapak. Modul latihan khas pemandu pelancong telah diberikan kepada para peserta bagi membantu dan mendedahkan kepada para peserta tentang fakta-fakta saintifik, informasi, mitos dan sebagainya di setiap lokasi.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.