Biodiversity and Biogeography of Bats in Langkawi Archipelago

bats_featured_image

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI, UKM.

Tarikh: 21 Julai 2016 – 12 Ogos 2016

Tempat: Kepulauan Langkawi, Kedah.

Penyelidikan kelawar di Kepulauan Langkawi oleh Dr. Juliana Senawi, selaku Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) beserta beberapa orang pelajar sarjana dan latihan industri diperluaskan lagi ke beberapa pulau di Langkawi. Iaitu, pada kali ini, penyelidikan kelawar ke Pulau Dangli, Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting, Pulau Langgun (Teluk Mempelam) dan Pulau Tanjung Dendang. Penyelidikan ini turut dibantu oleh kakitangan PPL, En. Muhammad Nikman Ahmadan dan Cik Asbiyatulaida Derahman, beserta dua orang pemandu pelancong, iaitu Pn. Indera Rahayu dan En. Mohd Solehan. Seperti biasa, untuk penangkapan kelawar, beberapa harp-trap (perangkap hap) dan mist-net (jaring kabut) dipasang di kawasan sekitar pada setiap pulau. Beberapa spesies kelawar telah berjaya dikenalpasti dan direkod. Selain itu, data plot kepelbagaian spesies tumbuhan juga diambil.

Laporan penuh, klik di sini.

Laporan oleh Asbiyatulaida Derahman.