Lawatan ke Discovery Centre Four Seasons
Pada 18hb Mei 2014, PPL telah mengadakan lawatan ke Discovery Centre yang terletak di Four Seasons Hotel. Kumpulan PPL telah dijemput oleh Encik Aidi Abdullah, Naturalist Four Seasons untuk memberi sedikit pandangan mengenai tempat tersebut sebelum ianya dibuka sepenuhnya kepada penginap di Four Seasons. Encik Aidi Abdullah bercadang untuk meletakkan sampel-sampel fosil dan batu-batu yang ditemui di kawasan sekitar Four Seasons.
Lawatan diteruskan dengan aktiviti memanjat bukit di kawasan belakang Royal Villa Four Seasons untuk mengenalpasti beberapa sampel fosil yang berada di atas bukit tersebut. Lawatan yang bermula pada jam 12.30 tengah hari ini berakhir pada jam 5 petang.
Oleh Ku Adriani.