Jelajah Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah berjaya menganjurkan satu PROGRAM JELAJAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA pada 23 hingga 24 Februari 2018 bertempat di Jetty Point Kuah Langkawi.
Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan memberikan maklumat dan info yang jelas tentang fungsi dan tanggungjawab agensi serta menyelesaikan persoalan yang diajukan oleh pengunjung semasa pameran. Sebanyak lebih kurang 35 reruai telah dibuka kepada umum. Pusat Penyelidikan Langkawi UKM juga turut dijemput untuk membuka satu reruai sepanjang program berlangsung.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Sepanjang program berlangsung terdapat pelbagai persembahan pentas dari pelajar dan guru sekolah.
YB Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid sedang memberi ucapan perasmian.
Antara reruai yang dibuka kepada umum.
Reruai Pusat Penyelidikan Langkawi.
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra.
Pelajar Sekolah Menengah Kelibang.
Pelajar sekolah sedang memerhatikan fetus monyet dari spesis “Macaca fascicularis”
Persembahan tarian dari pelajar sekolah
Persembahan nyanyian guru-guru Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.