Karnival Langkawi Geopark 2022: Penganugerahan Sijil Pelantikan Geopark Partner

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 1 Jun 2022

Tempat: Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 1 Jun 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima Sijil Pelantikan sebagai Geopark Partner bagi tempoh 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2024 semasa majlis perasmian Karnival Langkawi Geopark 2022. PPL-UKM, yang diwakili oleh Dr. Lim Chen Kim, selaku Felo Penyelidik, telah menerima sijil pelantikan tersebut yang disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Brigadier Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman