Karnival Langkawi Geopark 2022 – Program GeoDiscover@PPL

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 7 – 10 Jun 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

Selaku Geopark Partner kepada Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) bersama-sama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah bekerjasama dalam penganjuran program GeoDiscover@PPL. Program yang berlangsung selama 4 hari ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada sekolah-sekolah sekitar Pulau Langkawi serta penduduk tempatan yang hadir secara sukarela. Pengerusi PPL-UKM iaitu Dr. Sharina Abdul Halim turut serta hadir bagi memberikan ucapan alu-aluan dan merasmikan program GeoDiscover@PPL tersebut. Aturcara program termasuklah pembentangan mengenai “Langkawi Geopark” beserta aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Dr. Lim Chen Kim dan En. Nik Mohd Faizul Md. Saad, lawatan galeri yang turut dibantu oleh Felo Bersekutu PPL-UKM iaitu En. Othman Ayeb, serta lawatan ke makmal-makmal penyelidikan yang dikendalikan oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, yang mana juga turut dibantu oleh En. Wan Mohd Nazir Wan Taha dan Cik Shazmin Hamimi Hafiz. Cenderamata dan buku-buku terbitan UKM turut dipamer dan dijual kepada peserta program yang hadir. Para peserta program juga turut dihidangkan dengan jamuan ringan.

Antara sekolah-sekolah di sekitar Langkawi yang hadir termasuklah:

SMK Mahsuri

 

SMK Kedawang

 

SMK Ayer Hangat

 

SJK (C) Chung Hwa

 

SK Penghulu Ahmad

 

SK Seri Negeri

 

SK Kedawang

 

SK Bayas

 

SK Kelibang & SK Nyior Chabang

 

SJK (C) Min Nam

 

SK Selat Bagan Nyior

 

SR Islam Darul Ulum (SRIDU)

 

SK Pulau Tuba

 

SMK Tunku Putra

 

SMA Al-Baqiyatussolihat

 

Kakitangan-kakitangan PPL-UKM

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman