Karnival Langkawi Geopark 2022 – Program Geopark Junior Guide Siri 1/2022

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 21 Jun 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 21 Jun 2022 – Satu program pendidikan geopark kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu Geopark Junior Guide anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Program yang berlangsung selama sehari ini dihadiri oleh wakil guru beserta dua orang pelajar bagi setiap sekolah di Pulau Langkawi. En. Othman Ayeb, selaku Felo Bersekutu PPL-UKM dan Presiden Langkawi Geopark Guide Club telah dijemput sebagai penceramah bagi menyampaikan taklimat dan kuliah berkaitan asas geopark kepada para peserta. Peserta-peserta yang hadir juga diberikan penerangan ringkas tentang geopark serta pendedahan kepada kajian-kajian saintifik di Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman