Pameran di Karnival YaHijau Langkawi 2016

kyl

Anjuran: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)

Tarikh: 14 & 15 Oktober 2016

Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Pekan Rabu, Kuah, Langkawi.

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menyertai jemputan pameran Karnival YaHijau Langkawi 2016 anjuran Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) yang merupakan satu agensi di bawah KeTTHA. Karnival ini diadakan adalah untuk menyebar luas dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan amalan dan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Anggaran penyertaan dalam Karnival YaHijau Langkawi 2016 sepanjang dua hari berlangsung adalah seramai 5000 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah di seluruh Langkawi, agensi-agensi kerajaan dan swasta, NGO dan komuniti setempat. Karnival ini merangkumi empat skop utama iaitu pameran, bengkel dan seminar, permainan dan sukan, dan aktiviti masyarakat. Pegawai dan staf Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) yang terlibat sepanjang pameran dijalankan ialah Cik Asbiyatulaida binti Derahman, Encik Muhammad Nikman bin Ahmadan, Cik Nor Amilia binti Che My serta Encik Lukman bin Abdullah iaitu pelajar latihan industri dari Universiti Teknologi Petronas (UTP). Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Buku-buku terbitan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah dipamerkan di ruang pameran PPL beserta jualan cenderamata dan poster PPL.

kyl2Antara ruang pameran agensi-agensi yang terlibat sepanjang dua hari Karnival YaHijau Langkawi 2016.

kyl3Bersama pelanggan-pelanggan yang hadir ke ruang pameran Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL).

kyl4Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Karnival YaHijau Langkawi 2016.

Laporan oleh Cik Nor Amilia binti Che My.