Kem Sehari Bersama Pelajar SMK Pulau Tuba Langkawi
Pada 19 November yang lepas, Pusat Penyelidikan Langkawi dan The Rotary Club Langkawi telah menganjurkan Kem Sehari Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Pulau Tuba mengenai keunikan sumber-sumber yang ada di Pulau Langkawi bagi meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam memulihara warisan sumber ini.
Berikut merupakan tentatif program tersebut.
0800 : Ketibaan pelajar
0830 : Pengenalan Pusat Penyelidikan Langkawi oleh Dr. Goh Choo Ta
0900 : Lawatan ke Galeri oleh Dr. Sharina Halim
0930 : Sesi 1 : Anugerah Kepelbagaian Biodiversiti di Pulau Langkawi – Puan Nur Johana Johari
1000 : Sesi 2 : Mengenali batuan Langkawi Geopark – En Mustadza Mazni dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
1045 : Sesi 3 : Kenali Warisan Langkawi – Dr. Sharina Abdul Halim
1130 : Sesi 4: Aktiviti melukis – Ms Julie Ferguson
1215 : Sesi 5 : Cintailah Sungai Kita – Dr. Goh Choo Ta
1230 : Tayangan filem pendek
1400 : Kerja Lapangan ke Air Terjun Telaga Tujuh – Dr. Goh Choo Ta
1600 : Penyampaian sijil kepada peserta dan sekolah
oleh Ku Adriani Ku Ayob.