Kerja Lapangan dan Mesyuarat Pembangunan Geotapak & Georintis Tuba untuk Produk Geopelancongan Bil. 1/2022

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 18 – 21 Mac 2022

Tempat: Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

LANGKAWI – Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, selaku Penasihat kepada Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) bersama pasukan pakar penyelidik (termasuklah Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad) daripada Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPL-UKM) telah menjalankan aktiviti kerja lapangan penyelidikan serta perbincangan mengenai produk geopelancongan di Pulau Tuba pada 18 hingga 21 Mac yang lalu. Beliau bersama-sama pasukan pakar penyelidik ini juga turut menyampaikan taklimat LUGGp kepada Penaung Diraja, iaitu Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah Brigadier Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman