Kerja Lapangan Kursus Citra LMJS1502 – Geopark Global: Model Pembangunan Lestari Wilayah

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.

Tarikh: 30 April – 4 Mei 2018

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi, Kedah.

Satu kerja lapangan bagi Kursus Citra LMJS1502 – Geopark Global telah diadakan di Langkawi iaitu bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi pada penghujung April yang lalu sehingga 4 Mei 2018. Kursus ini menekankan aspek model pembangunan lestari wilayah dan ianya adalah merupakan antara pilihan Kursus Citra anjuran Pusat Citra UKM bagi sesi akademik 2017/2018. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan termasuklah program komuniti (Community in Heritage Conservation), program mengenali Langkawi Geopark (dari segi geologi dan biologi), lawatan ke Galeri PPL serta aktiviti mewarna batik dan bersukan. Antara aktiviti bagi program komuniti adalah lawatan ke Pengkalan Jeti Kubang Badak, Kompleks Kraftangan Langkawi dan Taklimat Eco-Walk di The Frangipani Langkawi Resort & Spa. Manakala, bagi program mengenali Langkawi Geopark, para pelajar dibawa melawat ke kawasan konservasi iaitu Machinchang Cambrian Geoforest Park dan Kilim Karst Geoforest Park. Disamping itu, para pelajar juga diberi taklimat mengenai Lagenangkawi oleh En. Othman Ayeb, selaku presiden Langkawi Tour Guide Association (LTGA), yang juga merupakan salah seorang Geopark Ambassador di Langkawi. Kerja lapangan ini dikendalikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Felo Utama LESTARI dan Felo Penyelidik PPL) dan Dr. Sharina Abdul Halim (Felo LESTARI dan Ketua Program Warisan Budaya dan Tradisi Setempat PPL), serta dibantu oleh kakitangan-kakitangan PPL.

Lawatan dan taklimat oleh Ku Adriani Ku Ayob di Galeri PPL.

Aktiviti bersukan (bola tampar) di Pantai Kok, Langkawi.

Taklimat oleh En. Othman Ayeb di Bilik Seminar, PPL.

Taklimat oleh Dr. Sharina Abdul Halim di Pengkalan Jeti Kubang Badak.

Taklimat oleh En. Nik Azreen di Kompleks Kraftangan Langkawi.

Aktiviti mewarna batik di Kompleks Kraftangan Langkawi.

Taklimat Eco-Walk di The Frangipani Resort & Spa.

Taklimat oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo di kawasan Machinchang Cambrian Geoforest Park.

Taklimat oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo di kawasan Kilim Karst Geoforest Park.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.