Kerja Lapangan Pemantauan Populasi Kelawar di Gua Kelawar, Kilim

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 19 – 21 Jan 2018

Tempat: Gua Kelawar, Sungai Kilim, Langkawi.

 

Kajian Pemantauan Populasi Kelawar secara jangka panjang diteruskan lagi pada Januari 2019 bagi menentukan jumlah populasi beberapa jenis kelawar berdasarkan selang waktu (24 jam) serta menentukan hubungkait kepada faktor mikro-cuaca (microclimate) termasuklah suhu, kelembapan, cahaya dan kelajuan angin. Kajian ini disertai oleh beberapa orang pelajar dan pembantu penyelidik.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.