Kerja Lapangan Penyelidikan Kelawar di Pulau Jemuruk dan Pulau Rebak Besar, Langkawi, Kedah
Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)
Tarikh: 9 – 17 Mac 2022
Tempat: Pulau Jemuruk dan Pulau Rebak Besar, Langkawi, Kedah
LANGKAWI – Satu kerja lapangan berkaitan penyelidikan kelawar di Kepulauan Langkawi telah dijalankan di Pulau Jemuruk dan Pulau Rebak Besar bermula dari 9 hingga 17 Mac yang lalu. Perjalanan ke Pulau Jemuruk adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Kubang Badak, manakala untuk ke Pulau Rebak Besar pula adalah dengan menaiki bot di Pengkalan Jeti Sungai Chenang. Kerja lapangan ini yang diketuai oleh Dr. Juliana Senawi (Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM) dibantu oleh beberapa orang pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) dan turut disertai oleh pemandu pelancong tempatan, kakitangan-kakitangan serta pelajar latihan industri PPL-UKM. Sebanyak 2 jenis spesis telah berjaya dikenalpasti di Pulau Jemuruk, manakala di Pulau Rebak Besar terdapat 9 jenis spesis kelawar, antaranya adalah Hipposideros larvatus dan Cynopterus brachyotis.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman