Kunjungan Mesra Dr. Faszly Rahim, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Anjuran: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 16 Jun 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 16 Jun 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima kunjungan mesra Dr. Faszly Rahim, selaku penyelaras hal ehwal pelajar dan STREAM, Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau adalah merupakan salah seorang pakar serangga di Malaysia, terutamanya jenis serangga ranting. Antara kejayaan beliau yang amat membanggakan adalah pengiktirafan dalam penamaan spesies baharu serangga ranting iaitu Neoasceles faszlyi oleh Dr. Francis Seow-Choen (Pakar bedah kolorektal Asia dan pemegang autoriti taksonomi serangga ranting). Beliau yang ditemani oleh pelajar latihan industri seliaan beliau serta En. Othman Ayeb (Felo Bersekutu PPL-UKM) turut berkesempatan melawat ke galeri dan makmal bagi melihat beberapa koleksi spesimen beliau yang dipamerkan di PPL-UKM. Disamping itu, beliau juga turut berkongsi penyelidikan beliau iaitu mengenai kajian integrasi pengetahuan berasaskan tauhid dalam biodiversiti, ekologi dan kelestarian.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman