Kunjungan Mesra Majlis Dekan UNIMAS Ke Pusat Penyelidikan Langkawi

Anjuran: Majlis Dekan UNIMAS

Tarikh: 17 November 2017

Masa: 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Seramai 52 orang ahli Majlis Dekan UNIMAS telah datang berkunjung ke Pusat Penyelidikan Langkawi pada 17 November 2017 yang lalu. Lawatan ini telah diketuai oleh Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Rombongan Majlis Dekan UNIMAS telah dibawa melawat Galeri Pusat Penyelidikan Langkawi dan semua makmal di sini.

 

Antara Ahli Majlis Dekan UNIMAS

Bergambar kenangan di dalam Galeri Pusat Penyelidikan Langkawi

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi (Naib Canselor UNIMAS) menandatangi buku pelawat Pusat Penyelidikan Langkawi

 

Laporan oleh Nor Amilia Che My.