Kunjungan Profesor Tersohor Antarabangsa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI-UKM): Prof. Dr. Ussif Rashid Sumaila
Anjuran: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)
Tarikh: 30 Julai – 1 Ogos 2022
Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) & sekitar Pulau Langkawi, Kedah
LANGKAWI, 1 Ogos 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima kunjungan Profesor Tersohor Antarabangsa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI-UKM) iaitu Prof. Dr. Ussif Rashid Sumaila. Beliau adalah merupakan seorang Profesor dan Pengarah Unit Penyelidikan Ekonomi Perikanan di Institut Lautan dan Perikanan UBC (UBC’s Institute for the Oceans and Fisheries). Kepakaran beliau adalah dalam bidang ekonomi alam sekitar dan sumber, penilaian ekosistem marin serta analisis tadbir urus lautan global. Semasa berada di Langkawi, beliau telah berkesempatan melakukan Kunjungan Hormat ke atas Tuan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), disamping mengunjungi Jeti Pendaratan Ikan Pengkalan Nelayan Penarak, Kompleks Kraf Langkawi serta Pengkalan Nelayan Kubang Badak BioGeoTrail Kubang Badak. Ketua Pusat PPL-UKM iaitu Dr. Juliana Senawi bersama-sama Dr. Lubna Alam (Felo Penyelidik LESTARI-UKM), Dr. Sharina Abdul Halim (Ketua Program Penyelidikan Warisan Budaya dan Kelestarian Sosial) serta para pegawai PPL-UKM turut mengiringi kunjungan tersebut.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman