Kursus Asas Geowarisan 2018

Kursus Asas Geowarisan yang bertujuan untuk memperkenalkan, menjelaskan kepentingan sumber warisan geologi dan memperkasa pihak berkepentingan dalam mengenalpasti, memetakan dan mencirikan sumber berkenaan telah berlangsung dengan jayanya di Pusat penyelidikan Langkawi pada 25 hingga 29 Mac 2018. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Warisan dan Unit Geopark Langkawi UNESCO Global Geopark telah mengikuti kursus ini yang melibatkan kuliah, aktiviti berkumpulan dan kerjalapangan pemetaan ke Pulau Ular. Kursus Asas Geowarisan ini dianjurkan oleh Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pusat Penyelidikan Langkawi dengan kerjasama daripada Langkawi UNESCO Global Geopark dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).