Laporan Khas: Hidup Bersama Bencana

Anjuran: Astro AWANI, Akademi Profesor Malaysia (APM) & Institut Geologi Malaysia (IGM)

Tarikh: 23 Januari 2022

Tempat: Siaran Langsung di Astro AWANI (Saluran 501)

“Hidup Bersama Bencana” adalah merupakan satu laporan khas terbitan Astro AWANI dengan kerjasama Akademi Profesor Malaysia (APM) dan Institut Geologi Malaysia (IGM). Laporan ini melibatkan perkongsian maklumat-maklumat saintifik berkenaan pendapat, pandangan dan pemerhatian oleh pakar-pakar khususnya dalam bidang geologi mengenai aliran puing yang melanda kawasan-kawasan di sekitar Zon Utara Malaysia baru-baru ini. Pakar-pakar penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) yang terlibat dalam menjayakan laporan khas ini adalah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad. Rakaman siaran langsung ini boleh disaksikan di laman sesawang Astro AWANI (https://www.astroawani.com/video-malaysia/laporan-khas-hidup-bersama-bencana-1945286).

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman