Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Pakistan

1Anjuran: Pakistan Science Foundation (PSF), Islamabad, Pakistan dan Fly Fast Holiday Services Sdn. Bhd.

Tarikh: 08 Ogos 2016

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Pakistan Science Foundation (PSF) dari Islamabad, Pakistan, telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) yang melibatkan seramai 26 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring. Lawatan sambil belajar ini bertujuan bagi memupuk minat para pelajar terhadap bidang sains dan penyelidikan sebagai langkah dan persiapan awal sebelum memasuki ke peringkat yang lebih tinggi. Para peserta lawatan dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL serta lawatan ke makmal-makmal di PPL. Pelbagai maklumat berkenaan Langkawi Geopark dan program penyelidikan yang dijalankan oleh PPL di Pulau Langkawi telah dikongsikan bersama para peserta. Lawatan selama lebih kurang tiga jam ini turut dibantu oleh pelajar-pelajar latihan industri (Universiti Malaysia Terengganu) di PPL iaitu Meor Firdaus Syahmi dan Ahmad Izzudin. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pakistan Science Foundation (PSF) di atas sumbangan cenderahati yang diberikan.

2

 

 

 
En. Muhammad Nikman, En. Meor Firdaus Syahmi dan En. Ahmad Izzudin membantu memperkenalkan PPL kepada para peserta lawatan.

3

 

 

 

Penjelasan tentang program-program di PPL oleh En. Ahmad Izzudin di Galeri Penyelidikan PPL.

4

 

 

 

 

En. Meor Firdaus Syahmi dan En. Muhammad Nikman memberikan pengenalan berkenaan Langkawi Geopark.

5

 

 

 

 

Sesi perbincangan dan soal-jawab bersama peserta lawatan.

6

 

 

 

 

Lawatan di Muzium Zoologi dan Makmal Herbarium, PPL.

7

 

 

 

 

Lawatan di Makmal Biologi, PPL.

8

 

 

 

 

Lawatan di Makmal Rokarium, PPL.

9

 

 

 

 

 

Lawatan di Makmal Geologi, PPL.

 

10

 

 

 

 

 

 

 

 

Lawatan di Bengkel Persediaan Batuan, PPL.

 

11

 

 

 

Menerima cenderahati daripada En. Hasnat Ahmed Qureshi (Pakistan Science Foundation).

12

 

 

 

Gambar kenangan bersama dua orang pegawai pengiring daripada Pakistan Science Foundation (PSF), En. Abdul Rauf dan En. Hasnat Ahmed Qureshi.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.