Lawatan Lapangan Pengumpulan Data bagi Penyelidikan ‘Green Hotel’ di The Datai Langkawi, Kedah

Anjuran            : Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh                : 6 Julai 2022

 Tempat             : The Datai Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 6 Julai 2022 – Lawatan lapangan ke The Datai Langkawi adalah bertujuan mengumpul data mengenai ‘Green Hotel’ serta program kelestarian yang dilakukan oleh pihak hotel The Datai. Lawatan yang diketuai oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim, selaku Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) turut disertai oleh Felo Penyelidik (LESTARI-UKM) iaitu Dr. Minhaz Farid Ahmed dan 3 orang kakitangan beserta seorang pelajar latihan industri PPL-UKM. Sambutan mesra serta penerangan mengenai usaha kelestarian telah disampaikan dengan penuh bersemangat oleh Cik Farzana, selaku pegawai kelestarian The Datai Langkawi. The Datai Langkawi telah melancarkan ‘The Pledge 2020’ yang merangkumi empat rukun utama iaitu ‘pure for the future’, ‘fish for the future’, ‘wildlife for the future’ dan ‘youth for the future’, dimana setiap rukun itu menjalankan kelestarian untuk kebaikan serta kepentingan persekitaran, hidupan dan masa depan.

 

Bersama Cik Farzana di sekitar taman ‘The Garden’ di The Datai Langkawi.

 

Melawat tapak semaian karang di The Datai Langkawi.

 

Mendengar penerangan mengenai pelupusan sisa di sekitar The Datai Langkawi.

 

Bersama En. Remi Giromella selaku pengurus kawalan kualiti & penambahbaikan The Datai Langkawi.

 

Laporan disediakan oleh: Shazmin Hamimi Hafiz