Lawatan oleh Guru-Guru Penyelaras Kelab Geopark Sekolah-Sekolah di Langkawi (Program School to Geopark – GeoTeacher)
Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 20 dan 21 Oktober 2019
Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah memilih Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) sebagai salah satu tempat untuk dilawati bagi Program School to Geopark – GeoTeacher pada 20 dan 21 Oktober 2019. Rombongan ini telah dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL. Penerangan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cik Nor Amilia Che My.
Laporan oleh Nor Amilia binti Che My.