Lawatan oleh Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa

Anjuran: Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART, IIUM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 19 Ogos 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan dan Makmal Interaksi PPL, Langkawi, Kedah.

Satu lawatan sambil belajar oleh Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) telah diadakan pada 19 Ogos yang lalu. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempelajari tentang kajian dan penyelidikan yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) disamping menimba ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Para peserta lawatan yang hadir iaitu seramai 10-15 orang telah dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL dan seterusnya menonton tayangan video LUGGp beserta jamuan ringan di Makmal Interaksi. Pelajar-pelajar Latihan Industri (LI) di PPL juga turut serta membantu rombongan lawatan.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.