Lawatan oleh Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains

Anjuran: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 9 Mac 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 9 Mac 2022 – Galeri dan Makmal Penyelidikan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah dilawati oleh kumpulan Pegawai dan Pembantu daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Ketua Program Penyelidikan Warisan Geologi dan Landskap PPL-UKM, iaitu Dr. Tanot Unjah yang mengetuai kumpulan lawatan ini turut memberikan taklimat dan penerangan di galeri. Manakala, sesi lawatan di makmal-makmal penyelidikan dikendalikan oleh Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains PPL, iaitu Cik Asbiyatulaida Derahman dan En. Wan Mohd Nazir Wan Taha. Turut hadir bersama-sama peserta lawatan adalah Dr. Norbert Simon (Felo Bersekutu PPL-UKM) dan Pn. Marilah Sarman daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM). Lawatan ini juga dibantu oleh kakitangan-kakitangan dan pelajar latihan industri PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman

Sumber foto: PPL-UKM