Lawatan oleh Penyelia Pelajar Latihan Industri (Unimas) di Pusat Penyelidikan Langkawi

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 5 Ogos 2019

Tempat: Bilik Perbincangan dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 5 Ogos 2019, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah dikunjungi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hasnain Md Hussain daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau adalah merupakan Penyelia kepada dua orang pelajar Latihan Industri (LI) yang mana telah mendaftar di PPL pada 17 Jun 2019 dan akan mengikuti program LI di PPL sehingga 23 Ogos 2019. Pelajar-pelajar tersebut ialah Cheah Dei Sheng dan Nur Mas Sofiah binti Ngakaisah. Ketika kunjungan tersebut, beliau dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL disamping satu sesi perbincangan turut diadakan bersama pegawai-pegawai penyelia pelajar LI di PPL iaitu En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad dan Cik Asbiyatulaida Derahman.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.