Lawatan oleh Penyelidik Antarabangsa dari Aberystwyth University dan University of Auckland

Anjuran: Aberystwyth University (United Kingdom), University of Auckland (New Zealand) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 30 Julai 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Beberapa orang pakar penyelidik antarabangsa dari Aberystwyth University (United Kingdom) dan University of Auckland (New Zealand) telah mengadakan lawatan ke Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) pada 30 Julai yang lalu. Lawatan ini disambut mesra oleh Cik Amilia Che My dan dibantu oleh beberapa pelajar Latihan Industri (LI) PPL.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.