Lawatan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim

Anjuran: Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA-UKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 1 Ogos 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 1 hingga 2 Ogos 2019 yang lalu, Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA) 2019 telah diadakan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Bersempena dengan seminar tersebut, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim telah berpeluang melawat ke Galeri Penyelidikan PPL. Lawatan yang disambut mesra oleh wakil PPL iaitu En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (Pegawai Penyelidik Kanan) ini turut diiringi oleh Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad (Naib Canselor UNIMAP), Prof. Dr. Supyan Hussin (Pengarah ATMA-UKM), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara) dan Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim (Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP). Semasa lawatan tersebut, En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad telah memberi penerangan ringkas tentang dan peranan penyelidikan di PPL dalam konteks pembangunan lestari di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp).

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.