Lawatan oleh Urusetia dan Peserta Persidangan Antarabangsa POCER – University of Nottingham Malaysia (UNM)
Anjuran: University of Nottingham Malaysia (UNM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)
Tarikh: 11 Jun 2022
Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah
LANGKAWI, 11 Jun 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima kunjungan seramai 70 orang urusetia dan peserta persidangan antarabangsa anjuran University of Nottingham Malaysia (UNM) iaitu The 6th International Conference & Postgraduate Colloquium for Environmental Research 2022 (POCER) “The Green Industrial Revolution of the Next Decade” yang berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2022 di Resorts World, Langkawi. Dr. Tanot Unjah, selaku Ketua Program Penyelidikan Warisan Geologi dan Landskap PPL-UKM telah memberikan penerangan dan taklimat tentang PPL-UKM dan geopark kepada para kunjungan menerusi aplikasi atas talian. Disamping itu, Dr. Lim Chen Kim (Felo Penyelidik PPL-UKM) juga turut memberikan taklimat kepada para tetamu yang hadir semasa lawatan di galeri.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman