Lawatan Rasmi Naib Canselor UKM

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 8 Ogos 2019

Tempat: PPL dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Bersempena hari Penilaian Semula Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) pada 8 Ogos 2019 yang lalu, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor telah membuat kunjungan rasmi ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) serta telah melawat beberapa tempat eko-pelancongan di LUGGp. Lawatan rasmi ini diiringi oleh Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar (Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, LESTARI), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pengerusi dan Ketua Program Warisan Kepelbagaian Biologi PPL), Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Warisan Geologi dan Lanskap PPL) serta pegawai-pegawai daripada PPL. Antara beberapa tempat yang dilawati termasuklah Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Santuari Bakau, Discovery Centre LUGGp dan Pengkalan Nelayan Jeti Kubang Badak. Disamping itu, beliau juga berkesempatan menaiki bot menyusuri Sungai Kubang Badak bagi merasai pengalaman BioGeoTrail Kubang Badak. Ketika lawatan di PPL, beliau dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL, makmal-makmal biologi dan geologi PPL, serta berpeluang melihat kemudahan dan hostel yang terdapat di PPL.

Melawat ke Jeti Pelancongan Sungai Kilim di Kilim Karst Geoforest Park.

Melawat ke tapak semaian bakau di Santuari Bakau, Kilim.

Melawat salah satu produk baru geopark di Kilim Karst Geoforest Park iaitu Discovery Centre LUGGp.

Melawat ke Pengkalan Nelayan Jeti Kubang Badak.

Menaiki bot menyusuri Sungai Kubang Badak bagi merasai pengalaman BioGeoTrail Kubang Badak.

Pembentangan oleh Pengerusi PPL, iaitu Prof. Dr. Norhayati Ahmad di Galeri Penyelidikan PPL.

Melawat ke Galeri Penyelidikan PPL.

Melawat ke ruangan Makmal Rokarium di PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.