Lawatan Sambil Belajar oleh Kesatuan Mahasiswa UKM
Anjuran: Kesatuan Mahasiswa UKM dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 06 Februari 2020
Tempat: Kilim Karst Geoforest Park dan PPL, Langkawi, Kedah
Pada 6 Februari 2020 yang lalu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2019/2020 daripada Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, Kedah. Tujuan lawatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti pembangunan kendiri dalam memahami konsep pembangunan lestari di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Para pelajar yang hadir telah didedahkan tentang pembangunan mampan (sustainable development) menerusi pembentangan yang disampaikan oleh Pegawai Penyelidik Kanan PPL, iaitu En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad. Disamping itu, para pelajar juga dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan serta makmal-makmal Biologi dan Geologi yang terdapat di PPL. Kakitangan PPL yang turut serta mengiringi lawatan ini termasuklah Cik Asbiyatulaida Derahman (Pegawai Sains), En. Wan Mohd Nazir Wan Taha (Penolong Pegawai Sains), En. Muhammad Nikman Ahmadan (Penolong Jurutera) dan Cik Nor Amilia Che My (Pembantu Tadbir). Selain itu, para pelajar juga dibawa melawat ke Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC) dan Kilim Karst Geoforest Park.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.