Lawatan Sambil Belajar Pelajar Geologi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar FST-UKM

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 18 Mei 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 18 Mei 2022 – Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) oleh pelajar-pelajar tahun 2 program geologi daripada Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) telah diadakan pada jam 2.30 petang. Lawatan ke PPL-UKM adalah merupakan salah satu aktiviti kerja lapangan Barat Laut Semenanjung Malaysia bagi program pengajian tersebut. Lawatan sambil belajar ini diiringi oleh beberapa orang pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Habibah Jamil, Pn. Marilah Sarman dan Dr. Norbert Simon (Felo Bersekutu PPL-UKM). Sepanjang kunjungan ke PPL-UKM, para pelajar dan pensyarah yang hadir diberi penerangan ringkas oleh Cik Asbiyatulaida Derahman di Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman