Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Pengurusan Pelancongan Langkawi Tourism Academy @Kolej Komuniti Langkawi

Anjuran: Langkawi Tourism Academy @Kolej Komuniti Langkawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 22 Julai 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 22 Julai 2022 – Sejumlah 18 orang peserta bersama-sama 2 orang pensyarah pengiring telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Lawatan anjuran bersama Langkawi Tourism Academy @Kolej Komuniti Langkawi dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) ini bertujuan memberikan pendedahan serta maklumat yang tepat berkaitan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) kepada para peserta kursus yang terlibat. Selain lawatan di Galeri Penyelidikan PPL-UKM, peserta-peserta kursus juga dibawa melawat ke bangunan makmal serta meninjau beberapa kemudahan yang terdapat di PPL-UKM oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, selaku Pegawai Sains.

 

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman