Lawatan Sambil Belajar SK Kuala Teriang, Langkawi

skkt_1Anjuran: Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang, Langkawi.

Tarikh: 26 Oktober 2016.

Masa: 8.30 pagi – 10.15 pagi.

Pada 26 Oktober 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Peserta lawatan ini adalah seramai 40 orang, iaitu 36 orang murid Tahun 6 dan empat orang guru pengiring. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang peranan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) kepada murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang. Lawatan ini mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Pegawai dan staf yang terlibat semasa lawatan ini ialah Cik Asbiyatulaida binti Derahman, Encik Muhammad Nikman bin Ahmadan dan Cik Nor Amilia binti Che My. Pihak Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah memberikan penerangan dan pendedahan kepada semua murid berkenaan PPL, Langkawi Geopark dan juga hasil penyelidikan yang terdapat dalam Galeri PPL. Selain itu, Cik Asbiyatulaida juga mengadakan kuiz kepada murid-murid. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz diberikan cenderamata seperti poster dan keychain PPL.

skkt_2Cik Asbiyatulaida memberikan penerangan kepada semua murid.

 

skkt_3Sebahagian daripada murid-murid yang hadir pada hari tersebut.

 

skkt_4Cik Asbiyatulaida menyampaikan cenderamata kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.

 

skkt_5Semua murid dan guru dibawa melawat replika Rumah Melayu Tradisional sebelum pulang.

Laporan oleh Cik Nor Amilia binti Che My.