Lawatan Sambil Belajar dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


Anjuran : Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin & PPL
Tarikh : 12.9.2017
Masa : 2.30 – 4.30 petang

Seramai 2 pensyarah dan 39 orang pelajar semester 5 program Diploma Pengurusan Pelancongan (DTM6033 Sustainable Tourism) telah datang berkunjung ke PPL pada 12 September yang lalu. Lawatan ini diketuai oleh Pensyarah Kursus, Puan Rita Nurshahrizad binti Mohd Radzi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara lapangan kepada pelajar. Ketika lawatan berlangsung pelajar diberikan soalan kuiz berkaitan Langkawi Geopark dan juga sedikit penerangan berkaitan perlancongan ketika melawat galeri PPL.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.