Mesyuarat Pertama AJK FLAG- Friends of Langkawi Geopark
Mesyuarat pertama AJK FLAG telah diadakan pada 2 Januari 2014 bertempat di Makmal Interaksi, Pusat Penyelidikan Langkawi. Mesyuarat yang dihadiri seramai 14 orang ini telah membincangkan dengan lebih teliti matlamat penubuhan dan juga perlembagaan persatuan ini sebelum didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Diantara hal-hal yang dibincangkan termasuklah:
Fasal 1 : Nama, Alamat pendaftaran penubuhan, lambang Fasal 2 : Definisi Fasal 3 : Tujuan & Maksud Fasal 4 : Keahlian Fasal 5 : Yuran Fasal 6 : Berhenti dari Persatuan Fasal 7 : Mesyuarat Fasal 8 : Tugas Pemegang Jawatan Fasal 9 : Peruntukan Kewangan Fasal 10 : Audit Fasal 11 : Mesyuarat Agong Fasal 12 : Penaung dan Penasihat Fasal 13 : Pemegang Amanah Fasal 14 : Larangan Fasal 15 : Peraturan Am Fasal 16 : PembubaranMesyuarat bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.
oleh Ku Adriani Ku Ayob.