Lawatan dan Mesyuarat Penubuhan Gelaran Profesor Geopark Global Tunku Puteri Intan Safinaz , Laporan Terkini PPL dan Langkawi Geopark

Tarikh : 10 Jun 2018
Tempat : Makmal Interaksi PPL
Masa : 8.45 pagi

Kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Haji Mohd Ekhwan bin Haji Toriman bersama pegawai khas beliau Puan Nurul Safaniza Che Ani ke PPL baru-baru ini adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berbangkit iaitu :-

  1. Kerusi Profesor Geopark Global Tunku Puteri Intan Safinaz
  2. Pelan Pembangunan Pengkomersialan PPL
  3. Kakitangan PPL
  4. Endowmen
  5. Laporan Aktiviti PPL dan Laporan Pendapatan PPL.

Mesyuarat ringkas ini bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Perbincangan seterusnya akan diadakan pada 4 Julai 2018 di Kampus Bangi.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.