Sambungan Kajian Pembangunan Denai (Trail) Pusat Penyelidikan Langkawi

Kajian Pembangunan Denai (Trail) PPL yang diketuai oleh Dato’ Shaharudin Mohamad Ismail (Felo Besekutu LESTARI) diteruskan lagi pada 2 Mei 2018. Penerokaan denai ini dilihat istimewa kerana Encik Rizal bin Sabran, Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi)  Perhutanan Negeri Kedah telah turut serta dalam penjelajahan denai sekaligus diperkenalkan denai ini kepada beliau. Sebanyak 20 batang pokok utama telah dikenalpasti sebagai check point dan dilabel dengan nama tempatan dan nama saintifik untuk rujukan umum.

Beberapa penyelidik LESTARI dari Kumpulan “Ecosystem Discovery Journey” juga turut serta dalam penjelajahan denai ini termasuklah Pegawai Penyelidik Kanan, Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, Pegawai Sains Kanan Encik Bisharuzi Omar, Penolong Pegawai Sains, Norazmi Abdul Kadir, Pembantu Penyelidik Nurlina Mohamad Ramzan dan Nurul Hidayah Shamsul Ariffin. Di samping itu Presiden Friends of Langkawi Geopark Association, Dato’ Kamarulzaman Abdul Ghani dan Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi, Cik Ku Adriani Ku Ayob juga turut serta dalam penjelajahan ini.

Selain dari penjelajahan denai PPL, Dato’ Shaharuddin dan kumpulan penyelidiknya juga mengadakan perbincangan bersama Encik Rizal Sabran bagi memperkenalkan program-program Ecosystem Discovery Journey yang telah dijalankan.

Pada sebelah petang, kumpulan ini telah menaiki bot menyusuri kawasan paya bakau di Biogeotrail Kubang Badak untuk melihat spesis bakau yang ada, melawat tapak tinggalan kebuk arang dan juga melawat Gua Pinang.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.