Bengkel Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Model Pulau Rendah Karbon untuk Pulau Langkawi

1

Anjuran         : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA)

Tarikh            : 15 – 17 Jun 2015

Tempat          : Hotel Adya, Langkawi

Satu bengkel kajian kebolehlaksanaan anjuran KeTTHA dengan kerjasama pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia serta kolaborasi dengan Kerajaan Republik Korea Selatan, telah dijalankan untuk membangunkan model pulau rendah karbon di Malaysia. Sehubungan itu, Pulau Langkawi telah dicadangkan sebagai projek perintis bagi tujuan aplikasi dan showcase. Kajian Low Carbon Langkawi (LCL) ini telah menjadikan Jeju Low Carbon Island Republik Korea Selatan, sebagai model asas perbandingan bagi pembentukan model LCL yang merangkumi aspek perundangan, dasar, struktur sosial, ekonomi dan institusi. Cadangan pembangunan LCL ini dijangka dapat meningkatkan imej Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, dan seterusnya menyokong pertumbuhan hijau dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil agensi/badan di peringkat persekutuan, negeri, daerah, tempatan, NGO, CBO, swasta, komuniti dan IPTA.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.