Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Kebangsaan (Zon Utara) 2015
Tarikh: 12 – 15 Mei 2015
Tempat: PPL
Jumlah pax: 80
Anjuran bersama:
INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (LESTARI) UKM
UNESCO IHP MALAYSIA
UNESCO MALAYSIA NATIONAL COMISSION
JABATAN PENGALIRAN DAN SALIRAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)
APEX
INSTITUT PENYELIDIKAN HIDRAULIK KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
PERBADANAN PUTRAJAYA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kem Pemimpin Muda Prihatin Air adalah penjenamaan baru Kem Pengurusan Air Mampan dengan penambaikan modul latihan dan pendidikan yang disusun semula. Penyusunan semula tahun 2009 adalah strategi baru dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan secara berterusan di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Latihan dan Penerangan Awam (JKPLPA) UNESCO IHP Malaysia.
Program yang dijalankan adalah dirancang untuk dimanfaatkan oleh peserta-peserta yang melibatkan pelbagai agensi bertujuan menjelaskan peranan pengurusan sumber air mengikut teras utama agensi rakan UNESCO IHP Malaysia untuk kesinambungan sumber air untuk kesejahteraan dan kelestarian hidup rakyat. Program ini dilaksanakan melalui penerangan asas peranan agensi-agensi masing-masing yang diselia oleh fasilitator. Modul ini dilengkapi dengan program pengurusan sumber air bersepadu yang meliputi kerja-kerja amali dalam aspek hidrologi, alam sekitar, flora dan fauna serta sesi “hands on training’ daripada agensi berkaitan air. Pada akhir program, para peserta diuji sejauh mana kefahaman mereka mengenai program ini melalui buku log dan persembahan kumpulan yang dinilai pencapaiannya oleh panel juri khas.
Objektif kem ini:
- Memberi pendedahan serta kefahaman tentang status, peluang serta cabaran menguruskan sumber air negara.
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menguruskan sumber air dengan bijak untuk kesinambungan kehidupan serta kelangsungan generasi akan datang
- Kefahaman tugas dan peranan agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan air dan
- Membentuk pelajar yang berwawasan, berpengetahuan serta bijak menangani masalah dengan pemikiran yang kreatif serta dinamik.
Laporan oleh Nik Mohd Noor Faizul Md Saad dan Ku Adriani.